Posted on

Program Sesama Mara Box of Hope – 3 January 2022

Program Sesama Mara Air Selangor ‘Box Of Hope’ merupakan sumbangan bantuan makanan asas untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan telah berjaya dilaksanakan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang menyumbang dalam usaha murni ini.

Program Box of Hope Air Selangor ini masih diteruskan dan anda boleh menyumbang makanan asas dengan meletakkannya ke dalam Box of Hope di lima (5) cawangan Village Grocer yang terpilih di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, i-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall.

Anda juga boleh membuat sumbangan melalui akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan mengikut langkah-langkah berikut: 1. Sertakan nota catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’ semasa membuat transaksi dan e-mel ke communication@airselangor.com 2. Pastikan nilai sumbangan adalah betul semasa transaksi dijalankan kerana sebarang permohonan pemulangan wang tidak boleh dilakukan selepas transaksi.

______________

Air Selangor Sesama Mara ‘Box Of Hope’ program is a basic food aid donation drive to be distributed to those in need has been successfully implemented around Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. Air Selangor would like to thank and appreciate those who contributed in this noble endeavor.

Box of Hope is an on-going programme and you can donate basic food by placing it into the Box of Hope at five (5) selected Village Grocer branches at Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, i-City Mall Shah Alam and Melawati Mall.

You can also make a contribution through CIMB Bank Berhad bank account 80-0798511-8 by following the steps below: 1. Include a ‘Box of Hope’ Initiative Assistance note when making a transaction and email to communication@airselangor.com 2. Make sure the value of the contribution is correct during the transaction as any refund request cannot be made after the transaction.

#AirSelangor #SesamaMara

Tags:

Sesama Mara