Posted on

Pusat Perhubungan Air Selangor – 1

“Masa itu amat berharga kepada sesiapa sahaja,” kata Suhasini yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan Air Selangor. Menyedari hakikat ini, Suhasini sememangnya tidak mahu pelanggan Air Selangor meluangkan terlalu banyak masa apabila membuat aduan dan pertanyaan melalui Pusat Perhubungan Air Selangor.

Sebab itulah beliau menyambut baik penaikan taraf sistem perhubungan pelanggan yang telah dilaksanakan baru-baru ini. Kini setiap panggilan akan dijawab di dalam masa 30 saat selepas melalui Interactive Voice Respondent, dan ini banyak mengurangkan masa menunggu oleh pelanggan Air Selangor. “Lebih cepat panggilan dijawab, lebih banyak panggilan dapat diambil dan lebih banyak aduan dan pertanyaan dapat diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya lagi.

Mengulas berkenaan dengan penambahbaikan ini lagi beliau berkata, “Pengguna merupakan nadi Air Selangor dan adalah menjadi kewajipan kami memberikan yang terbaik dengan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi untuk memberi kepuasan kepada pengguna Air Selangor”.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi pusat panggilan 15300 atau saluran dalam talian ‘Help Centre’ dengan melayari laman sesawang www.airselangor.com atau menggunakan aplikasi Air Selangor.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JoyInEveryDrop

Tags:

Help Centre