Disiarkan pada

Pusat Perhubungan Air Selangor – 2

Banyak perubahan yang telah berlaku dari dulu sehingga sekarang dengan berkembangnya teknologi yang dapat dilihat di akhir-akhir ini. Itulah yang diperkatakan oleh Shankar yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Air Selangor sejak tahun 2005. Ketika segala maklumat boleh didapati dihujung jari dan penggunaan luas media sosial, ia menjadikan pekerjaan beliau menjadi lebih mencabar. “Kini, kalau kita lihat umumnya pengguna mahukan maklumat tepat dan cepat, jadi kita mestilah mendapatkannya terlebih dahulu,” kata Shankar. Sememangnya limpahan maklumat di media sosial memang sukar untuk ditapis dan sukar untuk mengetahui apa yang betul atau tidak. “Jadi kami mestilah sentiasa mengemaskini maklumat terkini kerana ia amat penting bagi menghindar sebarang salah faham dan kekeliruan yang mungkin timbul apabila melayani aduan dan pertanyaan pengguna,” tambah beliau lagi.

Sebab itulah Air Selangor sentiasa melakukan penambahbaikan sistem perhubungan pelanggan supaya sentiasa seiring dengan masa. “Sistem Proses Automasi Robotik misalnya banyak membantu mempercepatkan proses pengurusan aduan, pemantauan serta tindakan susulan sehinggalah aduan atau pertanyaan diselesaikan”. Ini ujar beliau amat perlu kerana jumlah pengguna Air Selangor semakin meningkat dari masa ke semasa. “Memang perlu ada beberapa kaedah bagi menjawab lebih banyak aduan atau pertanyaan seperti yang Air Selangor telah lakukan saya rasa amat berkesan,” kata beliau lagi.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi pusat panggilan 15300 atau saluran dalam talian ‘Help Centre’ dengan melayari laman sesawang www.airselangor.com atau menggunakan aplikasi Air Selangor.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JoyInEveryDrop