Disiarkan pada

Pusat Perhubungan Air Selangor

Di dalam apa jua kerjaya, segala cabaran yang dihadapi mestilah mampu membuatkan diri kita menjadi lebih kuat. Begitulah yang yang dihadapi oleh Alex Pang yang berkhidmat dengan Pusat Perhubungan Air Selangor. “Tugas kami adalah melayani pelanggan dan kepuasan setiap pelanggan menjadi keutamaan kami,” kata Alex. Bak kata pepatah, jika tidak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, dan ini menjadi pegangan beliau yang sentiasa bersedia melayani aduan dan pertanyaan pelanggan setiap hari dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

Alex berkata, “Harus diingat apabila pelanggan membuat panggilan, semestinya mereka sedang mengalami masalah, jadi sudah tentu kita haruslah peka dan cuba membantu supaya ia dapat meringankan apa jua permasalahan yang dihadapi mereka,” kata Alex. Menurut beliau lagi sentiasa bersikap mesra dan berhemah juga mampu mengawal situasi menjadi lebih baik apabila berurusan dengan pelanggan.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi pusat panggilan 15300 atau saluran dalam talian ‘Help Centre’ dengan melayari laman sesawang www.airselangor.com atau menggunakan aplikasi Air Selangor.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JoyInEveryDrop