Disiarkan pada

Rebate one-off for Air Selangor’s customers affected by Putra Heights incident

Bantuan Rebat One-Off Untuk Pelanggan Air Selangor yang Terjejas Berikutan Insiden Letupan Gas di Putra Heights, Subang Jaya

Bagi membantu meringankan beban pelanggan kami di Putra Heights yang terjejas akibat insiden letupan gas pada 1 April 2025 (Selasa), Air Selangor akan memberi rebat sebanyak 100% untuk satu bulan secara one-off bagi bulan Mac 2025.

Selain itu, bantuan yang disediakan turut merangkumi perkara berikut:
– Tiada caj bagi penyambungan semula bekalan air untuk rumah yang mengalami gangguan bekalan air akibat insiden ini.
– Tiada caj minimum dikenakan ke atas premis yang tiada penggunaan air dalam satu tempoh sehingga diputuskan kemudian.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda yang terkesan ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi wakil Jabatan Customer Experience, Puan Yasmin Hood, di talian 019-2883897.

Air Selangor akan terus mengikuti perkembangan di kawasan terjejas dan komited untuk membantu pelanggan kami di Putra Heights yang terlibat mengikut keperluan semasa.