Disiarkan pada
Sesama Mara CNY 2022 – Sumbangan ke Rumah Charis
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Air Selangor menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Sesama Mara telah menyalurkan sumbangan kepada warga emas dan kanak-kanak di empat buah rumah kebajikan iaitu Rumah Charis – Home For The Aged, Rumah Charis – Home for Children, Good Samaritan Home Orphanage dan Rumah Orang Tua Ampang.
Penghuni rumah kebaijkan menerima sumbangan barangan keperluan asas makanan harian. Kanak-kanak pula turut diberikan barang keperluan sekolah dan ‘angpow.’ Kerja-kerja pemeriksaan paip dalaman juga akan dijalankan bagi membaiki kerosakan perpaipan di kediaman mereka.
Kami berharap bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada penghuni di rumah-rumah kebajikan tersebut dalam menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.Untuk maklumat lanjut mengenai program Sesama Mara, sila layari www.airselangor.com
#AirSelangor #SasamaMara #JoyInEveryDrop
Tag:
Sesama Mara