Posted on

Sesama Mara – CNY Festive CSR

Bagi berkongsi kemeriahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Air Selangor di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara, telah menyalurkan sumbangan kepada tiga rumah kebajikan warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu En Yuan Old Folk Home Kebajikan Orang-Orang Tua Bahagia Selangor, Petaling Jaya, Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Rahmat, Semenyih dan Pertubuhan Kebajikan Lao Yin Kah, Kepong.

Menerusi inisiatif ini, seramai 83 orang warga emas telah menerima sumbangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan, perabot, dan barangan keperluan rumah. Selain itu, pasukan sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada 15 warga kerja Air Selangor turut menjalankan aktiviti dekorasi hiasan tanglung bersama para penghuni En Yuan Old Folk Home.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Elina Baseri, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat dan Kelvin Siew, Ketua Jabatan NRW yang turut serta dalam aktiviti menggaul ‘yee sang’ dan pemberian paket ‘angpow’, serta tarian singa.

Air Selangor berharap bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membawa kegembiraan di samping memperkukuhkan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sesama Mara, layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/