Posted on
Sesama Mara Empowering Online Learning together with Pandai Premium app
Menerusi program Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian di bawah inisiatif Sesama Mara, Air Selangor komited menaja pelajar daripada keluarga B40 dengan menyediakan bantuan akses pendidikan digital melalui bahan pembelajaran yang interaktif, mampan dan lestari melalui aplikasi Pandai Premium.
Inisiatif akar umbi ini bertujuan memastikan peluang pembelajaran digital yang saksama dan berkualiti bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka secara menyeluruh.