Posted on
Sesama Mara Festive Cheer at Muzium Negara
Menerusi inisiatif pelaburan komuniti (community investment), Sesama Mara, Air Selangor meraikan sambutan Merdeka ke-68 baru-baru ini dengan membawa 45 anak-anak dari Rumah Kanak-kanak Triniti (Petaling Jaya) dan Rumah Aman (Sungai Buloh) ke Muzium Negara.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan tentang sejarah dan warisan negara kepada mereka, di samping memupuk semangat perpaduan dan cintakan tanah air.
Program tersebut turut dihadiri 15 sukarelawan Hydro Heroes menemani anak-anak ini di sepanjang lawatan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai program Sesama Mara, sila layari laman web Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.