Posted on
Sesama Mara – Festive CSR Aidilfitri
Bersempena Syawal yang bakal tiba, menerusi iniasitif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara, kami telah membawa seramai 25 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong untuk membeli-belah dan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pihak pengurusan kami yang terdiri daripada Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, diiringi oleh Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat, dan Azida Halidin, Ketua Projek Khas turut menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan majlis berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan.
Dalam pada itu, di sepanjang bulan Ramadan, Air Selangor turut menyemarakkan semangat bulan mulia ini melalui pengagihan lebih daripada 1,200 bekas bubur lambuk di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, dan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.
—-
In conjunction with the upcoming Syawal, through the corporate social responsibility (CSR) initiative, Sesama Mara, we brought a total of 25 orphans from Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong to a special shopping treat for Hari Raya Aidilfitri preparation.
Our management consisting of Adam Saffian Ghazali, Chief Executive Officer, accompanied by Elina Baseri, Head of Corporate Communication and Azida Halidin, Head of Special Projects, also took the opportunity to host a special iftar session with the orphans to celebrate the spirit of Ramadan.
Meanwhile, throughout the month of Ramadan, Air Selangor also fuelled the spirit of this holy month by distributing over 1,200 packs of bubur lambuk at Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, and Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
For more information about Sesama Mara programmes, please visit Air Selangor’s website at https://www.airselangor.com/sesamamara/.