Posted on

Sesama Mara: Sumbangan Komputer Riba & Pelan Data Internet

Program Sesama Mara telah berjaya mengukir senyuman kepada anak-anak warga kerja Air Selangor menerusi sumbangan komputer riba dan pelan data internet percuma selama setahun bagi memperkasa pembelajaran secara dalam talian khususnya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Khaidar Safwat Kamarudin dan Syed Hafidz Sayid Hassim adalah antara 40 warga kerja Air Selangor yang terpilih menerima sumbangan ini. Mereka telah menzahirkan rasa gembira dan terima kasih kerana sumbangan ini telah membantu melancarkan proses pembelajaran anak-anak secara dalam talian ketika di rumah.

Semoga inisiatif Sesama Mara ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka di waktu yang sukar ini.

Air Selangor ingin mengajak anda untuk turut serta membantu merubah kehidupan mereka yang memerlukan melalui program-program Sesama Mara. Lawati https://www.airselangor.com/media/sesama-mara/ untuk maklumat lanjut.

#AirSelangor #SesamaMara

Tags:

Sesama Mara