Disiarkan pada

#SesamaMara Pangsapuri Rimba Jaya

Sempena sambutan ulang tahun yang ketiga, Air Selangor meneruskan usaha murni bagi berkongsi kegembiraan dengan memberikan sumbangan kepada komuniti B40 di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara.

Kira-kira 200 keluarga menerima bantuan barangan makanan asas terdiri daripada beras, minyak, gula, barangan kering dan tepung, melalui inisiatif Box of Hope.

Pada waktu yang sama, menerusi inisiatif Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian, Air Selangor juga mengagihkan sumbangan peranti digital ke pusat komuniti Pangsapuri Rimba Jaya bagi membantu sesi pembelajaran secara dalam talian bagi anak-anak keluarga B40.

#AirSelangor #SesamaMara #JoyinEveryDrop