Posted on

Siri Meja Bulat: Kerja-Kerja Penyenggaraan Aset Air Anda Terjejas? Recap

“Takde air la pulak minggu depan…” “Boleh ke kalau setahun tu takde masalah bekalan air? Pastu sampai 33 jam pulak takde air ni.”

Ini antara keluhan pengguna yang diterima oleh Air Selangor apabila pengumuman bekalan air berjadual diumumkan.

Tahukah anda, sebagai pembekal air bersih dan selamat, adalah menjadi tanggungjawab Air Selangor untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan berjadual bagi memastikan semua aset-aset bekalan air berada di dalam keadaan baik kerana semua peralatan ini mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri.

Air Selangor bakal mengupas topik penyenggaraan berjadual dengan lebih mendalam menerusi program bual bicara pertama iaitu Siri Meja Bulat untuk pengikut setia Air Selangor. Saksikan kupasan menarik daripada sudut pandang berbeza para panelis yang telah diundang khas ini di Facebook Air Selangor.

Link: https://fb.watch/5Y0BPBy2np/

(Rakaman ini telah dibuat sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh)

#AirSelangor #SiriMejaBulat