Disiarkan pada
Skim Air Darul Ehsan diteruskan demi kebajikan rakyat Selangor
Tarif air baharu telah diumumkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 September 2025. Namun, Skim Air Darul Ehsan (SADE) tetap diteruskan demi kebajikan rakyat Selangor.
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM40 juta bagi menampung pemberian air percuma kepada penerima SADE.
Sejak diperkenalkan pada 2019, seramai 1.3 juta rakyat Selangor telah menerima manfaatnya. Ia melibatkan 337,851 akaun pelanggan Air Selangor yang layak menerima 20m³ air percuma bernilai RM13 sebulan.
Kini, Kerajaan Negeri akan meningkatkan had pendapatan isi rumah penerima SADE daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan untuk memastikan lebih ramai rakyat terus dibantu.
Semak syarat kelayakan, cara memohon dan maklumat berkaitan SADE di https://www.airselangor.com/services/sade