Posted on

Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) di Sungai Gong

Berikutan pelaksanaan inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor, kualiti air di kawasan Projek Perintis Bio-remediation yang dijayakan oleh Lembaga Urus Air Selangor, bagi tujuan pemuliharaan kualiti air Sungai Gong kini menunjukkan hasil yang memuaskan.

Sumber air yang keruh di kawasan Sungai Gong kini lebih bersih kerana pengurangan sedimen yang terkumpul. Indeks bekalan air di kawasan ini juga mencatatkan peningkatan yang baik berikutan penghasilan air beroksigen semula jadi.

Bagi memastikan kita dapat terus memelihara dan memulihara sumber air mentah ini, marilah kita bersama-sama bertindak segera sekiranya berlaku sebarang insiden pencemaran pada masa akan datang.

______________

Following the Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) initiative implemented by the Selangor State Government, water quality in the Bio-remediation Pilot Project area that is managed by Lembaga Urus Air Selangor, for Sungai Gong’s water quality conservation, has shown satisfactory results.

The murky water source in Sungai Gong is now cleaner due to the reduction in accumulated sediment. The water supply index in this area also recorded a positive increase following the production of natural oxygenated water.

To ensure that we can continue to preserve and conserve this raw water source, let us work together to take immediate action in the event of any pollution incidents in the future.

#AirSelangor