Posted on

Sorotan Pencapaian Air Selangor 2020

Air Selangor telah berjaya mencatatkan beberapa pencapaian hasil pelaksanaan inisiatif kelestarian pada tahun 2020 yang dilihat mampu memberikan impak positif kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Pertama adalah pengurangan kadar purata tahunan Air Tidak Berhasil atau “Non-Revenue Water” (NRW) dari 29.7% pada tahun 2019 kepada 28.53% pada tahun 2020.

Pencapaian ini kemudian diikuti dengan Pematuhan 100 peratus Program Jaminan Kualiti daripada Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa sebarang insiden pelanggaran E.Coli serta tiada insiden serentak E. Coli dan Baki Klorin Bebas.

Di samping itu, Air Selangor telah melaksanakan penyerahan pengurusan Projek Empangan Kelau di Pahang menerusi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) dengan kemampuan penyimpanan air sebanyak 147.10 juta meter padu yang memberi faedah kepada Loji Rawatan Air Langat 2. Tinjauan Indeks Kepuasan Pelanggan 2020 yang dilaksanakan juga telah mengenal pasti jangkaan para pengguna bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan.

Akhir sekali, pelbagai usaha dan inisiatif akar umbi di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara Air Selangor dilaksanakan bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi Strategi Kelestarian Air Selangor 2020-2022, kami juga telah memberikan sokongan kepada Matlamat Pembangunan Mampan atau “Sustainable Development Goals” yang ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan memberikan tumpuan untuk mempertingkatkan daya tahan perkhidmatan bekalan air di samping turut menjamin bekalan air berterusan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

#AirSelangor #KitaJagaAir