Posted on

Sorotan Pencapaian Air Selangor 2021

Bagi tahun 2021, Air Selangor telah melaksanakan beberapa inisiatif menerusi amalan dan budaya kerja kami bagi menjaga kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus pengurusan air. Antara inisiatif tersebut adalah:

1) Jalinan usaha sama antara Air Selangor dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd bagi membekalkan air pulih guna untuk kegunaan industri sebagai sumber alternatif air bukan minuman.

2) Pengurangan kadar purata tahunan air tidak terhasil (NRW) dari 27.93 peratus pada tahun 2020 kepada 28.53 peratus pada tahun 2021.

3) Pencapaian yang cemerlang dalam mematuhi Piawaian Kualiti Air Minuman (DWQS) pada kadar 99.8 peratus mengikut standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4) Peningkatan sumbangan Mara sebanyak 40 peratus menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Sesama Mara yang memfokuskan pemberian bantuan untuk komuniti B40.

Selari dengan janji ‘Joy In Every Drop’ atau ‘Keceriaan Dalam Setiap Titisan,’ Air Selangor akan lebih progresif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memberikan pengalaman yang positif dan terbaik kepada pengguna menerusi amalan kelestarian pengurusan air.

#AirSelangor #SustainabilityReport #SustainableDevelopmentGoals