Disiarkan pada
Sumbangan Air Selangor Pada Tahun 2020 – 1 July 2021
Air Selangor telah menyatakan komitmen untuk memainkan peranan di dalam Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebanyak 17 SDGs telah ditetapkan untuk memperkasakan agenda global secara kolektif dan inklusif dengan objektif utama ‘tiada yang ketinggalan’.
Untuk mencapai SDG 8, Air Selangor telah menyediakan pekerjaan dengan ganjaran dan manfaat yang kompetitif kepada 5,000 pekerja mahir dan terus berusaha untuk mempertingkatkan kepelbagaian di tempat kerja bagi membuka lebih banyak peluang untuk perkembangan diri.
Bagi SDG 13, Air Selangor telah mengguna pakai kaedah baharu di dalam penyimpanan air mentah melalui ORS dan HORAS 600 bagi meminimumkan impak kekurangan bekalan air yang mungkin terjadi ketika perubahan iklim.
Air Selangor juga menyokong SDG 16 dengan melaksanakan Polisi Anti-Rasuah dan Anti-Korupsi bagi memastikan tahap tinggi integriti diamalkan di seluruh organisasi di samping mempertingkatkan perkhidmatan dengan bersikap responsif kepada pelanggan dan sentiasa berkomunikasi serta berkongsi maklumat berkaitan cabaran, strategi dan prestasi dengan cara setelus mungkin.
#AirSelangor