Posted on

Taklimat bagi pelaksanaan program menaik taraf sistem agihan bekalan air bersama YB Dato’ Harrison Hassan (ADUN Jeram) dan wakil-wakil penduduk setempat.

Sebagai penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, kami komited untuk memberikan pengalaman terbaik kepada 9.3 juta pengguna kami. Bagi mencapai tujuan ini, Air Selangor sentiasa menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem agihan bekalan air secara berterusan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Baru-baru ini, satu taklimat bagi pelaksanaan program menaik taraf sistem agihan bekalan air bersama YB Dato’ Harrison Hassan (ADUN Jeram) dan wakil-wakil penduduk setempat telah berlangsung. Projek ini melibatkan pemasangan paip baharu sepanjang 9.1 km di kawasan (i) Bandar Puncak Alam – Persiaran Puncak Alam 10 dan Jalan Ambang Suria 17/1; dan (ii) Kampung Parit Mahang, Jeram – Jalan Bukit Hijau, Jalan Rizab Derahman, Jalan Rizab Dahlan 3 – 5, dan jalan penghubung antara Jalan Bukit Hijau dengan Bandar Puncak Alam.

Selain itu, taklimat bagi pelaksanaan kerja-kerja menggantikan paip usang secara berperingkat menerusi Program Penggantian Paip turut diadakan bersama wakil-wakil penduduk setempat bagi penukaran jajaran paip lama sepanjang 9.27 km di Jalan Bukit Kerayong dan Jalan Haji Mohd Ikram, Kapar; dan penukaran jajaran paip lama sepanjang 3.2 km di Jalan Dato’ Naim.

Taklimat bagi kerja-kerja penukaran paip lama ini diharap dapat memberikan gambaran menyeluruh dalam usaha Air Selangor memastikan bekalan air terawat yang bersih dan selamat untuk semua.

As the largest water services provider in Malaysia, we are committed to delivering the best experience to all of our 9.3 million consumers. To serve this purpose, Air Selangor continuously carries out water supply distribution system upgrading works in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.

Recently, we held a briefing with YB Dato’ Harrison Hasan (state representative for Jeram) and representatives of the residents association regarding the implementation of the water supply distribution system upgrading works, involving the installation of 9.1 km new pipes at (i) Bandar Puncak Alam – Persiaran Puncak Alam 10 and Jalan Ambang Suria 17/1; and (ii) Kampung Parit Mahang, Jeram – Jalan Bukit Hijau, Jalan Rizab Derahman, Jalan Rizab Dahlan 3-5, and the connecting road between Jalan Bukit Hijau and Bandar Puncak Alam.

In addition, a briefing for the implementation of works to replace old pipes in stages through the Pipe Replacement Programme was also held with the residents association for the replacement of 9.27km old pipeline at Jalan Bukit Kerayong and Jalan Haji Mohd Ikram, Kapar; and for the replacement of 3.2km old pipeline along 3.2 km in Jalan Dato’ Naim.

The briefing for the old pipe replacement works is hoped to provide a comprehensive overview of Air Selangor’s efforts to ensure a clean and safe treated water supply for all.

#AirSelangor

Tags:

Engagement