Posted on

Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) – 16 November 2021

Bagi terus menggalas amanat dan komitmen Air Selangor untuk membekalkan bekalan air terawat dan bersih kepada semua pengguna, Air Selangor telah melaksanakan kaedah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan Hybrid Off River Augmentation System (HORAS).

TAPS dan HORAS dapat membekalkan air mentah semasa musim kemarau dan gangguan bekalan air ekoran insiden pencemaran yang mengakibatkan henti tugas sementara loji rawatan air.

Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – Tindakan Terhadap Iklim, kami di Air Selangor akan terus berusaha mencari lebih banyak solusi bagi menangani isu bekalan air untuk memastikan para pengguna menerima air dengan konsisten.

______________

To continue carrying out the mandate and commitment to supply treated and clean water to all consumers, Air Selangor has implemented the Riverside Water Reservoir (TAPS) and Hybrid Off River Augmentation System (HORAS).

TAPS and HORAS can help provide raw water supply during droughts and water supply disruptions following pollution incidents that would cause temporary shutdown of a water treatment plant.

In line with the United Nations Sustainable Development Goal-Climate Action, we at Air Selangor will continue to explore solutions to address water supply issues, ensuring consumers receive treated water supply consistently.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JoyInEveryDrop