Posted on

Tanggungjawab Air Selangor – 19 November 2021

Dalam memastikan pelanggan menerima pengalaman perkhidmatan terbaik bersama Air Selangor, kami sentiasa mempelopori pelbagai teknologi bagi terus memantau dan mempertingkatkan kualiti air yang dibekalkan kepada mereka.

Di Air Selangor, kami giat menjalankan pemantauan kualiti air di semua muka sauk loji rawatan air kami. Ini termasuk aktiviti persampelan di 34 loji rawatan air, analisis air di tapak bagi setiap parameter serta di semua makmal kami di mana ujian kimia turut dilakukan.

Ini membolehkan kami untuk terus mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Kualiti Air Minum Kebangsaan dan memastikan air yang bersih dan selamat dapat terus dibekalkan kepada semua para pengguna kami di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

______________

To ensure customers receive the best service experience with Air Selangor, we pioneer various technologies to continuously monitor and improve water quality.

At Air Selangor, we actively monitor water quality at all our water treatment plants inlets. This includes sampling activities at 34 water treatment plants, on-site water analysis for each parameter, and all our laboratories where chemical testing is also undertaken.

This allows us to continuously comply with the standards set by the Ministry of Health through the National Drinking Water Quality, thus ensuring that clean and safe water can continue to be supplied to all our consumers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JoyInEveryDrop