Posted on

Tips Jimat Air – 1

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita banyak meluangkan masa di rumah sebagai salah satu langkah bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Lebih banyak masa diluangkan di rumah, mungkin lebih banyak air yang digunakan tanpa disedari.

Bagi yang mencuci kereta semasa tempoh ini, penggunaan baldi untuk mengisi air boleh membantu kita untuk berjimat. Ini kerana aktiviti mencuci kereta menggunakan hos boleh mencapai sehingga 124 liter air berbanding penggunaan baldi yang hanya mengunakan air lebih kurang 10 liter.

Dengan bertukar kepada baldi, penggunaan air secara langsung dapat dikurangkan dan anda dapat menjimatkan air sepanjang tempoh PKP 3.0.

Mari kita sama-sama jimatkan air.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JimatAir