Posted on

Tips Jimat Air – 31 July 2021

Di waktu ini di mana kita lebih banyak meluangkan masa di rumah, marilah kita sama-sama membiasakan amalan menjimatkan penggunaan air. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan bidal air atau ‘water thimble’ yang boleh dipasangkan dengan mudah pada paip biasa atau paip pancuran mandi di rumah anda. Pemasangan bidal air ini boleh mengurangkan pengaliran keluar air sehingga 15% iaitu sebanyak 1,000 liter setiap bulan bagi seorang pengguna.

Setiap usaha untuk menjimatkan air merupakan satu amalan murni yang kita boleh lakukan bersama.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JimatAir