Disiarkan pada

Visit from Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, the Raja Muda of Selangor, to the Semenyih Dam

Kami berbesar hati menerima kunjungan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang berkenan mencemar duli ke Empangan Semenyih yang merupakan sebahagian daripada Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Hulu Langat baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda di lapangan telah disambut oleh pihak pengurusan Air Selangor, disusuli sesi penerangan ringkas oleh Pemangku Pengarah yang juga Ketua Operasi dan Ketua Perancangan & Kerja-Kerja Kapital, Ir. Ainul Azhar Mohd Jemoner, kepada baginda tentang sejarah dan latar belakang Empangan Semenyih.

Setelah itu, baginda turut berkenan membuat lawatan bagi meninjau keadaan semasa Empangan Semenyih yang merupakan salah satu fasiliti takungan air bagi menambah bekalan air, di bawah Skim Sungai Semenyih. Empangan tersebut mempunyai kapasiti tampungan sehingga 545 juta liter air sehari (atau 120 juta gelen sehari) sebelum dirawat sebagai air bersih dan selamat untuk disalurkan kepada kira-kira 1.8 juta rakyat Selangor yang menetap di Barat Daya Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Untuk mendapatkan info lanjut tentang air dan Air Selangor, lawati Hydro Hub, platform kandungan sehenti untuk semua di https://hydrohub.airselangor.com/

We are honoured to have received a visit from Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, the Raja Muda of Selangor, who graciously visited the Semenyih Dam as part of the Program Gagasan Rumpun Selangor at the Hulu Langat district recently.

His Royal Highness’s arrival on site was greeted by the management of Air Selangor, followed by a briefing session by the Acting Director/Head of Operations and Head of Planning & Capital Work, Ir. Ainul Azhar Mohd Jemoner, to His Royal Highness on the history and background of the Semenyih Dam.

His Royal Highness then paid a visit to observe the current condition of the Semenyih Dam, which is one of the water reservoir facilities to increase the water supply, under the Sungai Semenyih Scheme. The dam has a storage capacity of up to 545 million litres of water per day (or 120 million gallons a day) before it is treated to become clean and safe water to be distributed to 1.8 million Selangor’s residents living in the South-West of Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Sepang and Kuala Langat.

To get more info about water and Air Selangor, visit Hydro Hub, our one-stop content platform for all at https://hydrohub.airselangor.com/

#AirSelangor