Disiarkan pada

Yakini Air Kita

Tahukah anda tahap kebersihan air yang kita gunakan seharian? Di sini kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkenaan kualiti air terawat yang dibekalkan kepada pengguna.

Bekalan air terawat kita mengandungi mineral semula jadi seperti Ferum, Mangan, Kalsium dan Magnesium yang mematuhi had yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga tahun 2020, Air Selangor telah mencapai 99.74% dalam pematuhan tersebut melalui proses kawalan yang ketat bermula daripada loji rawatan air sehinggalah ke rangkaian pengagihan dengan penggunaan sistem serta teknologi tinggi terkini.

Air Selangor juga telah mencapai pematuhan 100% dalam Program Jaminan Kualiti daripada Kementerian Kesihatan Malaysia tanpa sebarang insiden pelanggaran parameter E.Coli serta tiada insiden pelanggaran serentak parameter E. Coli dan Baki Klorin Bebas.

Jadi, air terawat yang dibekalkan kepada anda adalah sentiasa terjamin dari segi kualiti dan kebersihan yang pastinya bersih dan selamat untuk diminum.

#AirSelangor #YakiniAirKita