Disiarkan pada
Bantuan Air Kepada “Frontliner”
Berkuat kuasa 10 Jun 2021 hingga 23 Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di kawasan Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Air Selangor telah menyediakan bantuan 8 buah tangki air statik berkapasiti 500 gelen secara penuh untuk kegunaan petugas barisan hadapan. Bantuan air ini tanda sokongan Air Selangor kepada petugas barisan hadapan untuk menjaga kebersihan diri terutamanya kerap mencuci tangan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 di kawasan berisiko tinggi ini.
Memahami air amat penting untuk penjagaan kebersihan diri ketika pandemik ini, maka sokongan dan bantuan seumpamanya turut dihulurkan kepada para petugas barisan hadapan di beberapa lokasi sekatan jalan raya.
Selain mematuhi SOP, marilah bersama kita menjaga kebersihan diri dan gunakan air secara berhemat.
#AirSelangor #KitaJagaKita
Tag:
Notice Alert