Posted on

Coffee Table Book Launch

Kami telah menerbitkan Coffee Table Book buat julung kalinya yang mencatatkan sejarah penubuhannya sebagai penyedia perkhidmatan air tunggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Coffee Table Book tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, bersama-sama Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Mansor bin Haji Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Suhaimi Kamaralzaman di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya semalam.

Majlis pelancaran itu juga dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah Air Selangor, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dan dif-dif kehormat daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta lain-lain agensi kerajaan.

Para tetamu kehormat telah dibawa melawat ke Galeri Coffee Table Book selepas majlis pelancaran dengan diiringi oleh pihak pengurusan kami. Dengan tema ‘Menelusuri Kisah Air Selangor,’ Galeri Coffee Table Book menceritakan sejarah awal penubuhannya serta penglibatannya dalam tranformasi industri perkhidmatan air. Kisah perjalanan Air Selangor dalam mengharungi pasang surut arus cabaran dan perancangan masa hadapannya turut dimuatkan dalam pameran galeri ini.

Menerusi galeri ini, ia akan menarik minat orang ramai untuk mengenal lebih lanjut akan peranan dan pencapaian Air Selangor sebagai penyedia perkhidmatan air. Galeri Coffee Table Book dibuka untuk kunjungan orang ramai sehingga 12 October 2022 di LUXE Concourse (New Wing), Ground Floor, pusat beli-belah 1 Utama.

#AirSelangor #CoffeeTableBook #JoyinEveryDrop

Tags:

Event