Disiarkan pada
Inisiatif Air Selangor
Sebagai operator air, Air Selangor bertanggungjawab melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan bekalan air yang bersih dan selamat terus dibekalkan kepada lebih 8.4 juta pengguna.
Kali ini, kita akan lihat inisiatif yang dilaksanakan oleh Air Selangor kepada para pengguna di Wilayah Klang untuk menangani masalah gangguan air tidak berjadual dan tekanan air rendah.
Projek pemulihan dan naiktaraf rumah pam serta tangki menara di Taman Abelink dan Taman Desa Impian telah dilaksanakan termasuk:
• Kerja-kerja Penggantian dan Pemasangan Perkasakan Mekanikal dan Elektrikal • Kerja-Kerja Penggantian tangki menara yang bocor dan penggantian Injap serta Paip Baharu • Kerja-Kerja Sivil seperti menaiktaraf pagar, longkang dan lain lain.
Hasil daripada kerja-kerja pemulihan dan naik taraf ini, para pengguna di kawasan Taman Abelink dan Taman Desa Impian tidak lagi mengalami masalah tekanan air rendah.
#AirSelangor