Posted on

Joy In Every Drop

Petugas barisan hadapan memainkan peranan penting sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bagi menghargai sumbangan dan jasa anggota-anggota PDRM, ATM, RELA, JPAM dan JPJ Daerah Hulu Selangor & Gombak di beberapa sekatan jalan raya (SJR), Air Selangor telah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan sebagai tanda penghargaan kepada petugas-petugas SJR yang bertugas demi menjaga keselamatan orang ramai, khususnya komuniti di Hulu Selangor.

Program ini juga merupakan platform untuk mengeratkan lagi hubungan baik di antara warga kerja Air Selangor dengan semua pihak berkepentingan.

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka di barisan hadapan ini yang sentiasa bekerja keras di dalam menjaga keselamatan rakyat bagi mengekang wabak COVID-19 daripada merebak.

#AirSelangor