Posted on

Kelebihan Skim Bekalan Air Rasau – 30 October 2021

Tahukah anda, pembinaan Skim Bekalan Air Rasau akan memberi kelebihan kepada para pengguna di Wilayah Klang pada tahun 2025?

Pada masa sekarang, penduduk di Wilayah Klang mendapat bekalan air daripada Skim Bekalan Air Sungai Selangor dengan jarak sejauh 45 km dan berada di penghujung sistem agihan bekalan air.

Loji Rawatan Air Rasau yang terletak sejauh 24 km sahaja dari Wilayah Klang membolehkan para pengguna di Klang menerima bekalan air yang lebih stabil dan lestari menjelang tahun 2025. Para pengguna di Klang juga akan mendapat kelebihan kerana mempunyai dua sumber bekalan air terawat, iaitu melalui Skim Bekalan Air Sungai Selangor sebanyak 40% dan Skim Bekalan Air Rasau sebanyak 60%.

Ini adalah antara inisiatif Air Selangor bagi memastikan bekalan air yang lestari menerusi Inisiatif dan Pelan Strategik (SPI) Pertama iaitu Bekalan Air Berterusan untuk Semua.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Skim Bekalan Air Rasau: https://www.airselangor.com/memperkenalkan-loji-rawatan-air-terbaharu-air-selangor-skim-bekalan-air-rasau/?lang=ms

______________

Did you know that the development of Rasau Water Supply Scheme will be beneficial to the consumers in Klang Region by 2025?

Currently, the residents in Klang Region are receiving their water supply from the Sungai Selangor Water Supply Scheme with a distance of 45 km, and is situated at the end of the water supply distribution system.

The Rasau Water Supply Scheme, that is situated only 24 km away from the Klang Region, enables residents in Klang to receive a more stable and sustainable water supply beginning 2025. Klang residents will also benefit from receiving treated water supply from two sources, which are the Sungai Selangor Water Supply Scheme at 40% and the Rasau Water Supply Scheme at 60%.

This is part of Air Selangor’s initiatives to ensure sustainable water supply through its first Strategic Plans and Initiatives (SPI), which is Water Forever.

Click here to find out more on Rasau Water Supply Scheme: https://www.airselangor.com/introducing-air-selangors-new-water-treatment-plant-rasau-water-supply-scheme/

#AirSelangor #KitaJagaAir

Tags:

Rasau