Disiarkan pada

Laporan Kelestarian 2021

Air Selangor telah menerbitkan Laporan Kelestarian bagi tahun 2021 yang merangkumkan inisiatif, amalan dan budaya kerja Air Selangor dalam menjaga kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus pengurusan air hari ini.

Penerbitan laporan kali kedua tersebut memilih tema ‘Memupuk Ekosistem Air Yang Lestari.’ Antara sorotan utama dalam laporan tersebut adalah usaha sama penggunaan air pulih guna antara Air Selangor dan Indah Water Konsortium (IWK), pencapaian kadar air tidak terhasil (NRW) dan pelaksanaan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di peringkat akar umbi, Sesama Mara.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Laporan Kelestarian 2021 Air Selangor di https://www.airselangor.com/about-us/performance-awards/

#AirSelangor #SustainabilityReport #SustainableDevelopmentGoals