Disiarkan pada

‘Let’s Get Candid’ – Bayaran Dalam Talian

‘Let’s Get Candid’ ialah satu sesi untuk kami mengumpulkan input dan maklum balas yang bernilai daripada pihak berkepentingan dan komuniti akar umbi yang dapat membantu kami dalam memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan.

Menerusi sesi ‘Let’s Get Candid’ baru-baru ini, kami telah membentangkan “Online Payment – Electronic Fund Transfer (EFT) and e-Biz” (atau Bayaran Dalam Talian – Pemindahan Dana Elektronik (EFT) dan e-Biz) kepada wakil-wakil daripada Badan Pengurusan Bersama (JMB) perumahan dan institusi pendidikan di sekitar kawasan berkepentingan Air Selangor.

Abdul Halem Mat Som, Ketua Pengalaman Pelanggan kami mengetuai sesi tersebut yang dihadiri oleh PMC Facilities and Real Estate Sdn Bhd, Malaysia Land Properties Sdn Bhd, Perbadanan Pengurusan Plaza Damas Fasa 1, Perbadanan Pengurusan Amanja, SJKT Castlefield dan JMB Cantonment Exchange.

Nak tahu lebih lanjut tentang Air Selangor? Layari Hydro Hub kami, platform kandungan sehenti untuk semua (patuan di bio kami).

#AirSelangor