Posted on
Majlis penghargaan bersama penduduk Bangsar
Air Selangor telah menganjurkan satu majlis penghargaan baru-baru ini sebagai tanda terima kasih di atas sokongan dan kerjasama para penduduk semasa kerja-kerja penggantian paip dilaksanakan di Jalan Ara, Jalan Maarof, Lorong Maarof dan Taman Bangsar Park, Bangsar.
Majlis tersebut dihadiri oleh Datuk Mumtaz Ali, Penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya; En. Charles Tan, Presiden Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya; En. Nitest Malani. Presiden Persatuan Penduduk Taman Bangsar; dan En. Sivan, wakil Persatuan Penduduk Bangsar Baru, bersama wakil Air Selangor, Ir. Ts. Mohd Azreen Saidin, Pemangku Naib Presiden I, Jabatan Perancangan & Kerja- Kerja Kapital.
Kerja-kerja tersebut melibatkan penukaran paip usang jenis simen asbestos kepada ‘Ductile Iron’ (DI) yang tahan lebih lama sepanjang 8km, sekaligus dapat mengurangkan kejadian paip pecah dan paip bocor di samping meningkatkan kualiti dan tekanan bekalan air di kawasan tersebut.
Untuk mendapatkan info lanjut tentang air dan Air Selangor, lawati Hydro Hub, platform kandungan sehenti untuk semua di https://hydrohub.airselangor.com/
Tags:
Engagement