Posted on

Makluman Kelewatan Hantaran Bil Air Fizikal – 26 December 2021

Air Selangor ingin memaklumkan bahawa penghantaran bil air fizikal kepada para pengguna akan mengalami sedikit kelewatan.

Kelewatan ini adalah disebabkan oleh penangguhan sementara perkhidmatan penghantaran Pos Malaysia berikutan insiden banjir khususnya yang melanda beberapa kawasan utama di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, penghantaran bil air fizikal akan dilaksanakan setelah semua proses pemulihan selesai.

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, sila ajukan menerusi Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor atau Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

______________

Air Selangor would like to inform of a slight delay in the physical water bills delivery to consumers.

The delay is caused by the temporary delivery service postponement by Pos Malaysia following the flooding incidents, particularly in several major areas in Selangor. As such, physical water bills delivery will resume once all recovery process completes.

If you have any complaints or inquiries, submit them through the Help Centre via www.airselangor.com and the Air Selangor application or Air Selangor’s Contact Centre via 15300.

#AirSelangor