Disiarkan pada

Notis Makluman – 23 July 2022

Dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami, para pelanggan boleh membuat janji temu secara dalam talian sebelum berurusan di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor bermula 24 Jun 2022.

Perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk memudahkan pelanggan dan mengurangkan tempoh menunggu dalam berurusan dengan Air Selangor.

Untuk membuat janji temu, anda boleh layari https://temujanji.airselangor.com atau imbas kod QR seperti yang dipaparkan dalam poster pengumuman ini.

#AirSelangor