Disiarkan pada

Program Penggantian Paip – Kampung Cempaka

Menerusi aktiviti libat urus yang telah kami jalankan, Air Selangor telah mengadakan sesi taklimat tentang Program Penggantian Paip yang akan dilaksanakan bersama wakil penduduk Kampung Cempaka, Petaling Jaya. Taklimat tersebut memberikan pemahaman tentang peranan dan tanggungjawab Air Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat dalam kerja-kerja penggantian paip di kawasan terlibat.

Projek yang akan dilaksanakan ini melibatkan kerja-kerja penggantian dua paip utama di kawasan tersebut yang akan memberi kesan kepada pengguna jalan raya di Jalan PJU1/4D dan Jalan PJU 1/11. Projek ini akan bermula pada 16 Oktober 2023 dan dijangka siap pada 16 November 2023 bagi meningkatkan kualiti bekalan air dan sekaligus menambah baik pengalaman pelanggan dalam kalangan penduduk Kampung Cempaka. Kampung Cempaka mempunyai kira-kira 9,000 penduduk dengan 1,030 isi rumah sejak ia dibina pada 1970.

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh wakil Air Selangor, bersama wakil penduduk Kampung Cempaka.

Nak tahu lebih lanjut tentang Air Selangor? Layari Hydro Hub kami, platform kandungan sehenti untuk semua melalui link di bio kami.

#AirSelangor