Disiarkan pada

River Care Air Selangor 2023

Bersempena Hari Sungai Sedunia, Air Selangor telah menganjurkan program River Care 2023 bersama-sama dengan penduduk Kg. Batu 3, Semenyih bagi meningkatkan kesedaran serta sikap bertanggungjawab di kalangan komuniti setempat dalam bersama-sama memelihara dan melindungi sungai.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung antaranya program gotong-royong, aktiviti mengecat palang jambatan, dan banyak lagi acara sukan rakyat bersama-sama dengan komuniti Kg. Batu 3, Semenyih. Program tersebut turut menyaksikan pelancaran Minggu HSSE (Health, Safety, Security & Environment) peringkat Air Selangor yang dilancarkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Abas Abdullah. Beliau turut menyerahkan sumbangan aplikasi pembelajaran online iaitu pakej premium Pandai kepada 55 pelajar SPM Kg. Batu 3, Semenyih di bawah program CSR Sesama Mara.

Ir. Abas dalam ucapannya menyatakan hasrat agar penduduk Kg. Batu 3 yang tinggal berhampiran kawasan lembangan Sungai Semenyih dapat bersama-sama berganding bahu membanteras aktiviti pencemaran sungai seperti pembuangan sampah-sarap dan pelepasan bahan kimia yang tidak dirawat ke dalam sungai dengan melaporkan aktiviti sedemikian kepada pihak berkuasa.

#AirSelangor #WorldRiversDay