Disiarkan pada

Sesama Mara Christmas 2022

Air Selangor Santuni Tiga Rumah Kebajikan Sempena Sambutan Krismas

Bagi berkongsi kegembiraan bersempena Hari Krismas, kami telah menyalurkan sumbangan kepada tiga buah rumah kebajikan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara baru-baru ini.

Dalam program ini, kami telah menyumbang barangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan dan kelengkapan rumah kepada kanak-kanak dan warga emas di Pusat Jagaan Rumah Kanak-kanak Triniti Petaling Jaya, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Setapak dan Ti-Ratana Welfare Society, Desa Petaling.

Selain memberi bantuan dan mengunjungi kesemua rumah kebajikan yang terlibat, kami turut menyantuni kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan ini dengan pemberian cenderamata Boboiboy Air untuk menceriakan lagi sambutan Krismas mereka.

Sumbangan ini diharapkan dapat membantu rumah-rumah kebajikan ini dalam menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik, lebih-lebih lagi untuk menyambut perayaan Krismas.

Dapatkan lebih info mengenai air dan Air Selangor di Hydro Hub melalui pautan di bio kami. Jangan lupa layari Hydro Hub, platform kandungan sehenti untuk semua.

#AirSelangor#SesamaMara