Disiarkan pada

Sesama Mara – Hari Kebangsaan

Bersempena dengan bulan Hari Kebangsaan, Air Selangor menyemarakkan sambutan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara dengan menyalurkan sumbangan serta meluangkan masa dengan anak-anak dan warga emas daripada tiga buah rumah kebajikan di sekitar Selangor.

Dengan komitmen berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan, Air Selangor telah menyumbang barangan keperluan asas termasuk barangan makanan, pakaian harian, perabot asas, peralatan elektrik seperti mesin basuh, serta barangan kelengkapan sekolah kepada tiga rumah kebajikan iaitu House of Love (Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih) (Klang), Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Disayangi (Subang Jaya), dan Rumah Amal Limpahan Kasih (Puchong). Hydro Heroes juga turut mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan salah sebuah rumah kebajikan ini serta menghias rumah dengan bendera Malaysia bagi mengimarahkan sambutan Hari Kebangsaan.

#AirSelangor #SesamaMara #BoxofHope