Disiarkan pada

Sesi Taklimat – Taman Sri Hijau, Rawang

Sebagai penyedia perkhidmatan air, kami komited untuk memberikan pengalaman

terbaik kepada semua pelanggan. Bagi mencapai tujuan ini, Air Selangor telah meneruskan Program Pemulihan dan Pembaikan Kolam Takungan dengan kerjasama Pejabat DUN Rawang dengan menyasarkan kepada penambahbaikan sistem bekalan air secara berterusan.

Menerusi program ini, Air Selangor telah mengadakan satu sesi taklimat bersama YB Tuan Chua Wei Kiat (ADUN Rawang) dan penduduk setempat bagi mengaktifkan semula Kolam Air Tangki Menara di Taman Sri Hijau, Rawang. Projek ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 600 akaun pelanggan dan dijangka siap hujung tahun ini dan boleh digunakan seawal tahun 2024.

Dengan tujuan yang sama, Air Selangor turut mengadakan program libat urus bersama YB Tuan Halimey Abu Bakar – Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Seri Setia dan komuniti setempat ketika taklimat Program Penggantian Paip di tapak pemasangan paip berhampiran Stesen LRT Glenmarie Jalan Lapangan Terbang Subang, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kerja-kerja menggantikan paip lama sepanjang 9.7 km melibatkan kawasan saluran paip utama telah dijalankan dan dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 3,400 pengguna yang mana usaha ini dapat memastikan bekalan air yang bersih, selamat dan terawat untuk semua.

Nak tahu lebih lanjut tentang Air Selangor? Layari Hydro Hub kami, hydrohub.airselangor.com, platform kandungan sehenti untuk semua.

#AirSelangor