Disiarkan pada
Ulang Tahun ke-2 Air Selangor – Program Sesama Mara
Air Selangor selaku operator air kepada lebih 8.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bukan sahaja komited memastikan bekalan air bersih dan selamat yang mencukupi, tetapi turut prihatin kepada komuniti sekitar yang memerlukan.
Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-2, Air Selangor menggerakkan sambungan inisiatif Sesama Mara melalui penyerahan bantuan 222 unit Box of Hope dalam bentuk barangan makanan dan keperluan asas melalui Yayasan Food Bank Malaysia di Kampung Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, Persiaran Ampang Saujana dan di Kampung Lembah Jaya Selatan. Air Selangor berharap ini dapat membantu komuniti setempat dalam meringankan beban mereka.
Program Sesama Mara Air Selangor ini diteruskan dari semasa ke semasa dan anda boleh sama-sama menyumbang melalui akaun bank CIMB Bank Berhad – 8007985118. Pastikan anda mencatatkan nota ‘Bantuan Inisiatif Box of Hope’ semasa membuat transaksi dan e-mel ke communication@airselangor.com
______________
As the water operator to more than 8.4 million consumers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya, Air Selangor is not only committed to providing sustainable clean and safe water supply, but also help to those in need.
In conjunction with its 2nd anniversary celebration, Air Selangor continued on their Sesama Mara initiative by handing over 222 units of Box of Hope in the form of food items and basic necessities through Yayasan Food Bank Malaysia at Kampung Ampang Indah, Taman Mulia Jaya, Persiaran Ampang Saujana and Kampung Lembah Jaya Selatan. Air Selangor hopes this can help the local community in easing their burden.
Sesama Mara is an on-going programme and you can contribute through CIMB Bank Berhad’s bank account-8007985118. Make sure you write down ‘Bantuan Inisiatif Box of Hope’ when making the transaction and email to communication@airselangor.com
#AirSelangor #SesamaMara