Posted on
Visit from Raja Muda of Selangor, at the Klang Gates Dam
Kami berbesar hati menerima kunjungan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, di Empangan Klang Gates baru-baru ini menerusi program ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor (GRS) peringkat daerah Gombak 2025.
Baginda turut berkenan untuk meluangkan masa mendengar taklimat dan melihat sendiri operasi Empangan Klang Gates secara dekat.
Turut hadir adalah Encik Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor dan beberapa agensi yang terlibat dalam pengurusan empangan.
Empangan Klang Gates di Hulu Klang merupakan empangan bekalan air konkrit bertetulang dan melengkung yang pertama dan tertua di Malaysia bagi membekalkan sumber air mentah utama bagi pengguna di Lembah Klang.
Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak yang turut sama menjayakan program ini.
—
We are honoured to receive a visit from Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, the Raja Muda of Selangor, at the Klang Gates Dam recently through the Gagasan Rumpun Selangor (GRS) exploration programme, at the Gombak district-level 2025.
His Royal Highness graciously consented to devote time to listen to a briefing and personally observe the operations of the Klang Gates Dam at close quarters.
Also attended were Encik Adam Saffian Ghazali, Chief Executive Officer of Air Selangor and several other agencies involved in the management of the dam.
The Klang Gates Dam in Hulu Klang is the first and oldest reinforced concrete arch dam in Malaysia, supplying the main raw water source for consumers in the Klang Valley.
Thank you to Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ), Royal Malaysia Police (PDRM), Fire and Rescue Department (JBPM), Gombak District Health Office and Gombak District and Land Office for their contributions in making this programme a success.