Posted on
Data & Digital Hackathon 2024
Kami berbesar hati menjadi penyedia perkhidmatan air pertama Malaysia yang telah menganjurkan Data & Digital Hackathon 2024 buat julung kalinya – sebuah platform bagi peminat teknologi untuk berkongsi pandangan dan menyelesaikan set data raya yang kompleks dengan menggunakan aplikasi sains data, yang dapat menyumbang kepada kemajuan digitalisasi industri perkhidmatan air.
Bertujuan untuk memperkasakan kehidupan 9.3 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya dengan mempromosikan inovasi, kerjasama, dan penyelesaian yang berkesan, acara yang buat julung-julung kalinya diadakan ini telah menerima 149 pendaftaran, yang mana 10 pasukan teratas bersaing menerusi pembentangan idea mereka di Hotel Avante, Petaling Jaya.
Pasukan Fresh Air dari Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai pemenang dengan idea inovatif mereka mengenai Sistem Sentinel HydroRise, yang bertujuan untuk memantau dan meramal kebocoran dalam sistem paip agihan Air Selangor. Pemenang-pemenang yang lain ialah Air Force (tempat kedua) dan The HackSmith (tempat ketiga); manakala Neroz pula menjadi juara di bawah kategori Kakitangan.
Tahniah kepada semua pemenang dan kami berterima kasih kepada semua peserta di atas pandangan, idea dan maklum balas mereka secara terus untuk meningkatkan lagi perkhidmatan operasi air yang mana intipati pandangan mereka yang berharga ini bukan sahaja dapat membuka lembaran baru tetapi juga membentuk perjalanan Air Selangor ke arah penyelesaian dan perkhidmatan yang lebih berpusatkan kepada pengguna.
Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hackathon ini. Untuk mendapatkan info lanjut tentang air dan Air Selangor, lawati Hydro Hub, platform kandungan sehenti kami untuk semua di https://hydrohub.airselangor.com/
Tags:
Event